Seminar Hala Tuju Pendidikan Negara 2

3/06/2016 11:50:00 pm 0 Comments A+ a-


IMG-20160305-WA0000

SHAH ALAM,5 Mac 2016 oleh Ainatul Mardhiah binti Abu Samah


Berlangsung di Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam, anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi. Para pejuang serta tokoh bahasa turut hadir berkongsi buah fikiran mereka. Tujuan isu ini diketengahkan untuk mengkaji keberkesanan Program Dual Language dalam dalam pencapaian pelajar hari ini sama ada di institut pengajian tinggi atau sekolah berkait rapat dengan kegagalan sistem pendidikan negara.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata sistem pendidikan seringkali berubah hingga menjadikannya kucar kacir dan tidak menentu. Katanya, ramai pelajar berpotensi menjadi mangsa sistem negara yang tidak menitikberatkan mereka. “Ia berbeza dengan pelajar pada masa dahulu di mana bukan sahaja mempunyai pencapaian baik, malah nilai modal keinsanan juga tinggi".“Hari ini kita berdepan kemerosotan institut pengajian tinggi hingga lepasannya gagal memenuhi kehendak dunia luar,” katanya.
Hadir sama Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Datuk Dr Siddiq Fadzil dan Pengerusi Gerakan Mansuh PPSMI, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain.
Seminar kali ini membincangkan isu Dual Language Program (DLP): Ancaman Pada Dasar Negara yang dihadiri lebih 700 peserta.
DLP adalah dasar baru diperkenalkan Kerajaan Pusat tahun ini dan dipercayai penjenamaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).